UMAT KRISTIAN GUSAR PENGLIBATAN PAS DALAM KERAJAAN GRS

Setelah beberapa hari tersebar berita mengenai cadangan Setiausaha Agung BN dan Pengerusi PPBM agar seorang wakil PAS dilantik sebagai ADUN di dalam kerajaan negeri Sabah, umat Kristian di negeri ini mula menunjukkan keresahan sekiranya perkara itu benar-benar akan berlaku.


Kemarin, satu surat daripada Majlis Gereja-Gereja Sabah telah dihantar kepada Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jeffrey Kitingan agar kerajaan Gabungan Rakyat Sabah membatalkan hasrat tersebut kerana penglibatan PAS di Sabah dikhuatiri akan menjejaskan keharmonian kaum dan agama di kalangan rakyat Sabah yang sudah lama terbina.


Melihat kepada sejarah campur tangan PAS di dalam institusi agama Kristian di Sabah, bantahan tersebut mempunyai asas kerana sifat ekstrem yang ditunjukkan oleh parti tersebut mampu menggugat bukan sahaja amalan penganut Kristian malah keharmonian 33 suku kaum dan etnik di Sabah juga turut terdedah kepada ekstremisme agama yang dipromosikan parti tersebut.


Winnie Joan. Penulis bebas.
Tulisan di atas merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Hub Netizen.