October 1, 2020

GABUNGAN RAKYAT SABAH: RETAK MENUNGGU REBAH?

Selepas 6 hari Pilihan Raya Negeri berakhir, masih tidak nampak tanda-tanda bahawa Sabah akan mencapai kestabilan politik dalam masa terdekat. Bermula daripada peristiwa Bung menumbuk meja kaca di Sutera Harbour kerana tidak diberikan jawatan Ketua Menteri, sehinggalah kepada pertukaran portfolio Masidi Manjun 3 jam selepas istiadat angkat sumpah dilakukan di Istana Negeri.

Perebutan jawatan Ketua Menteri selama 3 hari di antara blok BN dan PN itu memberi isyarat jelas kepada rakyat Sabah bahawa agenda BN dan PN di Sabah ini bukanlah untuk membela rakyat Sabah melainkan sekadar untuk mengekalkan pengaruh masing-masing. Sabah dijadikan gelanggang perebutan kuasa daripada parti-parti Semenanjung dan mangsanya ialah rakyat Sabah sejak bermulanya rampasan kuasa oleh Musa Aman di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Perkongsian Najib di Facebook berkaitan perbalahan mengenai calon Ketua Menteri Sabah di antara Dr. Asyraf (Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia) dan Wan Ahmad Fayshal a.k.a Mat Jargon (Ketua Armada PPBM).

Tangkapan skrin perbualan Whatsapp Masidi Manjun yang tular 2 hari lepas menguatkan lagi ura-ura bahawa berlaku pergolakan yang serius di dalam Gabungan Rakyat Sabah.

Terbaru, difahamkan bahawa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sedang mencari jalan untuk mengeluarkan PPBM daripada Gabungan Rakyat Sabah rentetan tindakan Hamzah Zainuddin yang berkeras untuk menamakan Hajiji daripada BERSATU sebagai Ketua Menteri Sabah. Gerakan yang dipimpin secara senyap oleh Zahid Hamidi ini dikatakan sedang berunding dengan Anwar Ibrahim bagi membentuk satu blok gabungan baru yang akan memerintah di Putrajaya, sekaligus bakal mengubah situasi politik di Sabah.

Respon Zahid Hamidi mengenai kenyataan Anwar Ibrahim 2 hari sebelum pembuangan undi di Sabah memberi isyarat kerajaan yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin pada hari ini sangat rapuh.

Sekiranya ini berlaku, Sabah akan melalui satu lagi episod pergolakan politik yang akan berlanjutan mungkin selama 5 tahun selepas kekalahan WARISAN pada Pilihan Raya baru-baru ini. Berbeza dengan senario seandainya WARISAN memenangi Pilihan Raya baru-baru ini, proses politik di Sabah akan lebih lancar dan teratur kerana semuanya telah disepakati lebih awal di dalam gabungan politik tersebut terutamanya dalam soal pemilihan Ketua Menteri.

The Jomo. Penulis Bebas

Tulisan di atas merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Hub Netizen.

Kongsi: