September 6, 2020

MUSA GAZETKAN KAMPUNG UNTUK PTI?

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai status sebuah tanah di Sandakan yang digazetkan untuk penempatan Pendatang Asing Tanpa Izin oleh Musa Aman pada tahun 2006.

Mesej yang tular di Whatsapp tersebut berbunyi;

“GAPARI / STAR, MUSA / UMNO, PBS, PBRS DAN LDP PERLU JAWAB!!!

PEWARTAAN KAMPUNG PTI OLEH MUSA AMAN

Bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan adiknya Presiden Parti Cinta Sabah, Anifah Aman perlu menjelaskan penggazetan sebuah perkampungan “PTI” di Sandakan pada bulan Januari tahun 2006.

Semakan dengan Jabatan Tanah Ukur mendapati perkampungan “PTI” yang berkeluasan 4.64 ekar itu terletak di Sungai Mowtas, Sandakan.

Mengikut rekod JTU, penggazetan kampung “PTI” tersebut dibuat pada 26 Januari tahun 2006, dan kawasan tersebut dikategorikan sebagai “penempatan semula pelarian Filipina”.
Ianya juga berdekatan dengan sebuah kilang kelapa sawit dari Malaya, IOI Edible Oils Sdn Bhd.

Untuk pengetahuan umum, bidang kuasa berkenaan tanah berada di bawa Kerajaan Negeri, dan Tan Sri Musa Aman merupakan Ketua Menteri Sabah pada tahun 2006 sebelum ditumbangkan oleh Parti Warisan Sabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Shafie Apdal.

Baru-baru ini, Shafie Apdal digelar sebagai “Bapa PTI” oleh penyokong-penyokong Musa Aman dan adiknya Anifah Aman.

Malah parti-parti seperti LDP turut kembali bergiat aktif menjelang Pilihan Raya Negeri.

Para penyokong parti-parti seperti STAR, PCS dan LDP telah mendakwa kononnya Shafie yang bertanggungjawab membawa PTI ke Sabah”

Hasil carian admin mendapati tanah gazet tersebut memang wujud pada koordinat 5.792 118.027 di dalam peta laman web Jabatan Tanah dan Ukur.

Editor. Hub Netizen

Tulisan di atas merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Hub Netizen.

Kongsi: