July 10, 2020

UMNO SABAH : DULU, KINI, DAN SELAMANYA SAMA.

Apa yang berlaku kepada UMNO pada masa ini membuatkan saya teringat kepada fasa selepas kekalahan PRU-14 yang lalu. Pada waktu itu, ramai pemimpin dan pejuang yang saya hormati dan pandang tinggi telah lari, menyorok ataupun telah lompat.

Persis ibarat bernafas dalam lumpur yang hanya menunggu mati. Namun, bak kata orang-orang bijaksana – semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Hikmahnya, UMNO langsung diberi peluang membersihkan rohnya.

Hikmahnya, semakin ramai anak muda menyertai UMNO untuk memacu perubahan dalam membina UMNO yang baru. Hikmahnya, saya mengenali golongan pejuang-pejuang individu dan NGO yang tidak berpihak membantu mempertahankan UMNO dan memperbetulkan naratif dusta sebelum ini tanpa mengharapkan sebarang imbuhan.

Disaat ahli UMNO sendiri gagal menjawab segala tohmahan dan serangan, golongan ini yang bangkit dan menggalas tanggungjawab demi memperjuangkan keadilan dan kebenaran. Kini, itu semua menjadi sia-sia. UMNO secara perlahan-lahan kembali menjadi UMNO lama tanpa disedari. Golongan-golongan ini sudah mula menjauhi UMNO. Impian melihat UMNO berubah semakin malap. Selepas 22 bulan, UMNO sepatutnya sudah mengenali kawan dan lawannya. “UMNO kalah di dalam menang”.

Hairul Rahman.

Tulisan Asal:

https://www.facebook.com/100008495323829/posts/2475114572781696/

Tulisan di atas merupakan pandangan penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Hub Netizen.

Kongsi: