July 10, 2020

SHAFIE DAN MUSA : ANTARA DUA ZAMAN

Ramai bertanyakan siapa ketua menteri Sabah yang baik di antara Tan Seri Musa Aman dan Datuk Seri Shafie Apdal?

Tentu ada kata Musa Aman bapa pembangunan Sabah, ekonomi kukuh dan kewangan mendapat rate percentage oleh Audit negara.

Sebenarnya dalam tempoh pemerintahan Musa Aman adalah penuh muslihat tidak bertimbang rasa dengan rakyat lebih mementingkan pemilik-pemilik syarikat besar kerana beliau mentadbir Sabah macam sebuah syarikat miliknya yang berprinsip menyelam sambil minum untuk mengaut keuntungan diri sendiri.

DSP Shafie Apdal dalam masa dua tahun pemerintahannya memberi fokus Industri hiliran dari kayu Balak, Sawit, Minyak dan Gas.
Eksport kayu balak dihentikan untuk memberi laluan pada kilang tempatan untuk menghasilkan produk terakhir (hiliran) atau nilai tambah sehingga ujud beberapa kilang papan lapis dan papan untuk bekalan tempatan dan antarabangsa.

Kasah Enterprise Sdn Bhd Tawau
Kebamega Sdn Bhd Tawau
Khaspermata Sdn. Bhd.Tawau
Kilang Kao Yang Sdn Bhd Tawau
Kilang Kayu Lohan Sdn Bhd Kota Kinabalu
Kilang Papan Andus (S) Sdn Bhd
Kota KinabaluKilang Papan K.K. Assan Sdn. Bhd.Kota Kinabalu
Kilang Papan Pitas Sdn. Bhd.Kota Kinabalu
Kilang Papan Tampiasan Wood Product EnterpriseKota Kinabalu
Kinswood Sdn. Bhd.Tawau.

Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pada 2009, Sabah mempunyai kawasan penanaman kelapa sawit terbesar berbanding negeri lain, seluas 1.36 juta hektar daripada 4.69 juta hektar keluasan tanaman di seluruh negara.
Situasi ini telah dimanfaatkan oleh kerajaan Warisan dalam jangka panjang telah merancang membina kilang untuk memproses hasil sawit dan buat sementara telah membina dua buah kilang pembungkusan minyak makan BESS dan GOLD.

Kunci pembangunan utama yang dijalankan ketika ini termasuk Taman Industri Minyak dan Gas Sabah (SOGIP) di Sipitang, Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis serta Saluran Paip Gas Sabah (SSGP) yang merentasi kira-kira 500 kilometer dari terminal ke Bintulu, Sarawak.

Dalam hal ini ketua menteri Sabah mengarahkan Petronas agar menumpuh operasi di Sabah bukan hanya sebagai pangkalan transit dan mengubah suai program asal agar dapat memberi banyak faedah pada Sabah.

Cuba bandingkan dengan pemerintahan Barisan Nasional sebelum ini peluang ini diserahkan pada orang Malaya untuk mengambil hasil kekayaan negeri yang penting survival politik dan perlindungan agar kebal dari semua kesalahan.

Sebenarnya UMNO BN bertapak di Sabah selama hampir 24 tahun adalah gagal melindungi hak-hak Sabah dan telah banyak membawa kerosakkan

  • balak di eksport tanpa mengusahakannya secara sendiri hanya dikuasai oleh kroni dia Musa Aman.
  • Kilang kertas SFI dijual kepada orang luar tanpa ada usaha utk mengambilnya semula
  • Minyak dibiarkan Petronas memberi 5% royalti tanpa pernah berunding secara serius utk royalti tersebut dinaikkan ke 20%.
  • Tiada charge cukai jualan dikenakan kepada Petronas apa saja bentuk penjualan hasil petroleum di Sabah
  • Tanah Sabah dijual kepada syarikat besar Malaya dan membenarkan FELDA tanpa halangan

-Sawit Sabah dihantar ke Malaya dan syarikat syarikat ladang tidak membayar cukai minyak sawit di Sabah.

  • Membenarkan Petronas menyedut gas asli Sabah ke Bintulu sedangkan kilang Gas sepatutnya boleh dibina di Sabah untuk kebaikan anak Sabah. Hanya melawan utk 10% profit sharing sedagnkan Gas tersebut adalah hak milik Sabah.
  • Memberikan geran komunal menghapuskan native title kepada anak Sabah tetapi pada masa yang sama memberi geran pada kroni dan syarikat luar.
  • Membenarkan tanah di Sabah yg dihuni oleh orang asal, dijual kepada taukeh besar sekaligus menidakkan Tanah Adat penduduk tempatan (masih byk kes tanah adat yg belum selesai di mahkamah).
  • Membiarkan SESB dimiliki 80% oleh TNB(Malaya) tanpa ada usaha mengambilnya semula.
  • Membiarkan AP Pasir Sabah tidak dimiliki oleh anak Sabah
  • RCI ditubuhkan untuk mengenal pasti masalah PTI di Sabah tapi tidak pernah mahu mengatasinya. Wayang?

-Membiarkan puluhan ribu anak Sabah bekerja di Semenanjung dan luar negara sekaligus mengurangkan Statistik masalah pengangguran di Sabah

  • contract projek Pan Borneo Highway diberikan kepada syarikat dari Malaya
  • Project Sabah International Convention Centre yang nilai projek naik 300% dari nilai yg diluluskan.
  • Mengabaikan penduduk pedalaman di mana jalan raya dan kemudahan asas tidak dipedulikan
  • Tidak pernah serius menuntut hak2 Sabah yg dicabuli dalam MA63.
  • Kroni kaya raya hasil komisen projek berbillion Ringgit tidak pernah disiasat oleh SPRM dan LHDN.

Ini kegagalan Barisan Nasional /UMNO Sabah yang didukung oleh PBS dan STAR yang tidak wajar diberi peluang untuk mentadbir negeri Sabah.

Matt Le Tissier.

Tulisan di atas merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Hub Netizen.

Kongsi: