July 28, 2020

MUHYIDDIN DAN NAJIB : DENDAM TERBALAS DALAM DIAM

Menyorot kembali detik perpisahan Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan UMNO pada tahun 2016, pasti ramai nasionalis Melayu yang terkilan kembali apabila mengimbau suasana itu. Antara susuk politik yang disenangi oleh kawan dan lawan, dan amat jarang sekali terpalit dengan mana-mana isu melibatkan moral. Maka, manifestasi kemarahan terhadap Najib diterjemahkan oleh sebahagian besar penyokong UMNO pada ketika itu melalui peti undi.

Sungguh, hal itu sudah berlalu pada pandangan umum. Namun, jikalau bukan sebab Najib, tidak akan wujud Bersatu yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin pada hari ini. Luka lama masih segar. Najib perlu dihukum setimpal dengan perbuatannya. Apatah lagi dengan terhidunya perancangan Najib untuk membuat comeback sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas PRU ke-15 nanti.

Maka, ditundukkan Najib pada siang kemarin di Mahkamah Tinggi dengan hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak 210 juta bagi 7 pertuduhan salah guna kuasa, rasuah, dan penggubahan wang haram.

Tidak seperti Musa Aman, Najib bukan lagi entiti yang berpengaruh di dalam UMNO. Kewujudannya tidak lebih daripada sekadar seperti selebriti yang lain untuk diguna pakai oleh UMNO di dalam mana-mana kempen Pilihanraya Kecil. Musa menjanjikan Sabah akan jatuh ke tangan UMNO semula. Maka dilepaskan Musa daripada 46 pertuduhan di bawah akta yang sama seperti Najib. Walaupun Sabah belum kembali ke tangan UMNO selepas beberapa percubaan membeli ADUN Warisan tidak berjaya, yang penting Musa sudah bebas dan bersih.

Najib punca kekalahan UMNO pada PRU yang lepas. Itu justifikasi AMT UMNO untuk menidakkan Najib kembali semula ke hierarki tertinggi UMNO. Maka, seburuk apapun nasib Najib, UMNO tidak akan terkesan secara langsung. Lagipun Zahid tidak berkenan sangat dengan Najib.

Dengan memangsakan Najib, persepsi terhadap badan kehakiman akan pulih semula. UMNO tidak rugi apa-apa sekiranya terjadi kematian Najib di dalam politik Malaysia. Adalah sesuatu yang amat berat untuk dipikul bagi mahkamah untuk membebaskan Musa. Namun, demi untuk mendapatkan kembali sebuah negeri yang paling kaya di Malaysia, Musa dibebaskan dengan kuasa ghaib di sebalik tirai mahkamah.

Kesimpulannya disini, ramai yang mendapat manfaat dengan jatuhnya hukuman ke atas Najib pada siang kemarin. Reputasi badan kehakiman segera pulih, dendam Tan Sri Muhyiddin dan penyokongnya terbalas, dan AMT UMNO punya alasan kukuh untuk mematahkan comeback Najib sebagai peneraju parti Melayu tertua di Malaysia itu.

Sangat diakui akan kejayaan Najib mereformasikan strategi politik beliau di alam maya. Mengupah penulis yang mahir di dalam bidang pemasaran internet dan pembinaan karakter merupakan suatu langkah yang bijak yang patut dicontohi oleh mana-mana ahli politik pada hari ini.

Namun, perlu difahami oleh kedua ahli politik dan pemasar internet bahawa politik internet dan politik kepartian adalah dua padang yang berbeza walaupun keduanya saling memerlukan.

Sebagai bonus, ingin saya ulas sedikit antara penyumbang kejatuhan Barisan Nasional dari perspektif yang berbeza pada PRU yang lepas ;

Kesilapan terbesar Najib sepanjang pentadbirannya cuma satu sahaja, iaitu dengan memberikan kepercayaan kepada Salleh Said Keruak dan Rahman Dahlan di dalam UMNO. Kedua wajah inilah yang menjadi punca keretakan UMNO dari dalam sehingga menjejaskan UMNO Malaysia secara keseluruhan. Lepas membaca tulisan ini mungkin Najib akan mula berfikir, siapa selama ini yang banyak mempengaruhi keputusan beliau di dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Di mana Salleh sekarang? Masih hidupkah cicit kepada tali barut British yang menjadi punca kematian Embo Ali itu? Rahman pula patut bersyukur dengan kehadiran isteri keduanya, Vie Shanti Khan. Hampir saja Rahman terbang tinggi meninggalkan UMNO sebelum dipujuk isteri keduanya itu agar tetap bersama dengan UMNO. Mujur UMNO menang di Kimanis pada PRK yang lepas. Maka bertambahlah confidence level beliau dan UMNO untuk merampas Sabah kembali daripada Warisan.

The Jomo.

Tulisan di atas merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Hub Netizen.

Kongsi: