July 16, 2020

KOMPLOT AZAM BAKI DAN MUSA AMAN : SIRI-4

Setelah gagal dalam cubaan merampas semula kerajaan Sabah baru-baru ini, tiga sekawan (Azam Baki, Musa Aman, dan Syamsol Yusof) sedang merancang satu lagi plot baru untuk disasarkan kepada semua YB yang tidak sehaluan dengan Musa Aman untuk dikenakan tindakan SPRM ataupun agensi kerajan yang lain seperti LHDN.

Seramai 40 orang atau pegawai SPRM yang diterbangkan khas dari Putrajaya oleh Azam Bakri semata-mata untuk mensabotaj kerajaan pimpinan Shafie Apdal. Difahamkan pegawai-pegawai SPRM tersebut diminta untuk mencari apa jua kelemahan di peringkat kerajaan Sabah yang boleh digunakan untuk menjatuhkan kerajaan Warisan.

Mengikut sumber dalaman SPRM, sasaran Azam Bakri dan pegawai kanan beliau Syamsul banyak tertumpu kepada pemimpin kanan Warisan iaitu Peter Anthony, sebab mereka tahu Peter merupakan antara tunjang kekuatan Shafie Apdal.

Difahamkan SPRM yang didalangi oleh Syamsul dan Azam Bakri telah mengarahkan salah sebuah syarikat proksi UMNO/BN untuk memerangkap Peter Anthony dengan menggunakan pengarah urusan syarikat Kemolohing SDN BHD, sebagai umpan dengan menawarkan sejumlah imbuhan sebagai rasuah. Pengarah syarikat tersebut telah diarah untuk berjumpa dengan Peter Anthony di pejabat beliau dalam keadaan lengkap dipasangkan kamera perakam video untuk merakam segala perbualan beliau dengan Peter Anthony.

Setelah usaha itu gagal, pasukan tiga sekawan (Musa, Azam dan Syamsul) telah memerangkap lagi beberapa individu bagi mengaitkan Peter Anthony agar beliau dapat ditangkap sekali lagi.

Usaha kejam mereka ini walau bagaimanapun tidak berjaya apabila akhirnya, siasatan mereka menemukan bahawa projek pembentungan Kota Marudu yang cuba dikaitkan dengan Peter Anthony itu rupanya diberikan oleh Musa Aman dan Tan Sri Pairin sewaktu zaman pemerintahan mereka. Checkmate!

Persoalannya, mengapa Musa dan Pairin tidak dipanggil untuk tujuan siasatan oleh pihak SPRM sewaktu dana infrastruktur air sebanyak 180 juta ditemui oleh SPRM pada 2016? Apakah SPRM sudah buta atau hilang akal?

Di atas keengganan pemimpin Warisan untuk tidak menyokong PN maka bermacam ancaman dan ugutan diberikan oleh Musa dan Azam Bakri melalui agensi kerajaan yang dikawal penuh oleh Putrajaya untuk menjayakan misi mereka.

Sumber dalaman lain juga menyatakan Syamsul Osman iaitu orang kanan Azam Bakri diarahkan oleh beliau untuk bekerjasama dengan VC UMS (kini) dan bendahari UMS iaitu Zalifah Shadan untuk mencari apa juga kelemahan kerja sejak tahun 2000 oleh syarikat kepunyaan Peter Anthony di UMS dahulu.

Sumber juga mendedahkan pasukan jahat ini was-was disebabkan syarikat kepunyaan Peter Anthony dahulu itu telah memfailkan tuntutan timbang-tara yang akan diputuskan pada tahun hadapan.

Kerajaan sabah sepatutnya mengambil tindakan kepada UMS terutamanya kepada dua orang pengkhianat ini (Bendahari & VC).

Dikhabarkan juga bahawa, satu lagi pasukan khas yang akan diketuai sendiri oleh Datuk Hassmudin (ejen baru Musa Aman) akan datang ke Sabah dalam masa terdekat ini dengan satu misi baru iaitu untuk menyasarkan serangan kepada Shafie Apdal, Peter Anthony, Azis Jaman, Jamawi Jaafar, dan beberapa pemimpin Sabah yang lain.

Sabah sepatutnya mengikut tindakan Sarawak untuk tidak membenarkan pengkhianat-pengkhianat ini untuk datang ke Sabah semata-mata untuk melumpuhkan pemerintakan kerajaan Sabah. Sabah mempunyai kuasa ke atas Imigresen seperti yang dijanjikan sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Kedaulatan Sabah perlu dihormati sebagai sebahagian daripada negeri di dalam Malaysia.

Jangan sampai rakyat Sabah muak dengan semua permainan politik dari Semenanjung ini hingga memaksa rakyat melaungkan slogan “Sabah Keluar Malaysia!”. Cukuplah rakyat Sabah ditipu Kerajaan Persekutuan selama ini dengan pengagihan hasil bumi yang tidak setara dengan negeri-negeri di Semenanjung sedangkan Sabah negeri kedua terbesar di Malaysia dengan hasil bumi yang sangat banyak. Jangan dibenarkan rakyat Sabah mengiyakan kenyataan Sukarno pada masa lalu bahawa pembentukan Malaysia ini merupakan suatu bentuk penjajahan baru ke atas negeri Sabah. Biarkan Sabah dengan autonominya sendiri. Sabah for Sabahan!

Ayuh rakyat Sabah, kita tentang habis-habisan para pengkhianat kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional!

Winnie Joan. Penyumbang artikel Hub Netizen

Tulisan di atas merupakan padangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Hub Netizen.

Kongsi: