July 28, 2020

KISAH MUSA AMAN DAN ALYA : 2 DALAM 1

Kamurang update bah kan isu perempuan kaki kikis (dibaca:pelakor), yang kecoh baru baru ni? Yang si laki orang tu belanja sampai 2.3 juta untuk dia punya perempuan simpanan? Rupanya lelaki tu punya bisnes ialah mengimport pekerja asing. Enda tau pulak kalau kerajaan PN sokong bisnes pemerdagangan manusia macam ni, hmmm.

Namun, bisnes ni barang memang bisnes yang sah pun. Si laki orang ni ada lesen untuk import pekerja migran. Tapi sesuatu lah bah, biasanya kalau company yang mengimport pekerja asing ni, mesti ada kabel politik ni. Kejap saya cek. Zuppp.

Sebenarnya, si Mahathir, ex-tunang si Alya kaki kikis punya beliau ni (Mohd Salleh) ialah pegawai khas kepada si Nazri Aziz. beliau dia dapat “direct award” kontrak untuk proses visa orang pigi umrah. Wow. Namun kena cancel sudah itu kontrak. Dia cuba nafikan yang dia ni pegawai khas pada Nazri Aziz di FMT. Tapi bila disiasat, ada pulak ampai-ampai sana di profail Linkedin si gaman ni.

Jawapan-jawapan si Gaman Mohd Salleh pada wartawan ni bikin saya teringat balik pada jawapan Nazri Aziz sama wartawan bila dia kena tanya pasal anak dia, Si Nedim drive kereta SUV Hummer Micheal Chia.

Nah jadi, macam mana pulak kereta Hummer si Micheal Chia ni jadi si Nedim punya pulak kan? Sarawak Report cakap, Micheal Chia sendiri bagi sebagai hadiah pada si Nazri Aziz sebab kasi clear nama dia dengan Musa Aman time si Nazri masih jadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bahagian hal-ehwal undang-undang atau ‘de-facto Law Minister’ tahun 2008 dulu. Nazri ada jawab di parlimen dulu yang RM40 juta yang Michael Chia pindahkan kepada Musa Aman kunun sekadar sumbangan politik kepada UMNO.Ya lahhhhhh.

Si gaman, Musa Aman pernah cakap pada tahun 2018, yang Nazri Aziz, sudah bebaskan dia dari tuduhan rasuah di parlimen.

SPRM bagi si Musa Aman 35 pertuduhan sebab menerima RM263 juta sebagai pertukaran kontrak pembalakan, ( boleh maju bah Sabah kalau ini peruntukan pembangunan ). Dalam 35 pertuduhan tu, nama Micheal Chia muncul 16 kali. Namun tiada tuduhan terhadap dia atau pihak lain yang bagi rasuah pada Musa Aman. Jadi berapa lah kunun rasuah tu yang bahagiannya konon-konon sumbangan politik untuk UMNO?

Biasanya orang kaya-raya yang ada kaitan dengan UMNO ni, duit dorang tu dari sumber yang mencurigakan. Tapi kau tau lah kan, undang-undang yang dorang bikin tu balik jugak untuk lindung orang dorang kan, orang orang atasan dorang. puii.

Di lain penemuan, Sarawak Report jumpa juga hubungan Gani Patail (bekas peguam negara) dengan Musa Aman, Musa Aman dengan Gani Patail sebenarnya ada hubungan keluarga, nda jauh pun, mungkin sebab tu lah Gani Patail nda mau layan kes rasuah Musa Aman dulu.  

Apa apa pun, Musa Aman memang nda boleh terlepas lagi nanti bila kerajaan persekutuan di ambil alih oleh PH. Kau tunggulah Gaman, banyak betul hutang kau ni. penjara menanti, tu lah terlampau tamak makan harta orang Sabah, pemimpin korup.

Tompinai Tambadau.

Tulisan di atas merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Hub Netizen.

Kongsi: