June 21, 2020

SYAMSUL OSMAN BARUA TERKAYA MUSA AMAN DAN DALANG ISU PETER DAN SHAFIE?

Azam Bakri

Ada angin sepoi-sepoi bahasa menyinggahi halaman Hub Netizen mengenai Syamsul Osman, seorang pegawai SPRM Sabah yang merupakan barua dan orang suruhan Azam Bakri (Ketua Pesuruhjaya SPRM) dan Musa Aman yang berpesta sakan selepas dibebaskan 46 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram berhubung konsesi balak di Sabah.

Difahamkan pegawai tersebut juga merupakan orang perantara paling setia ataupun macai Musa Aman dan Azam Bakri untuk mengutip “ufti” di Jabatan Air dan Kementerian dibawah Kerajaan Negeri Sabah sebelum ini.

Sewaktu terjadinya perebutan kuasa di Istana Negeri Sabah pada PRU lepas, pegawai tersebut (Syamsul Osman) telah melakukan tindakan mengejutkan dengan mengeluarkan pistol bagi menakut-nakutkan para YB Sabah agar memberikan sokongan kepada Musa Aman.

Tidak hairanlah terdapat kenyataan daripada YB yang telah mengalihkan sokongan kepada Parti Warisan pada ketika itu seakan-akan menerima ancaman yang sangat berbahaya hanya kerana Musa Aman bertegas mahukan para YB ini dikurung sehinggalah kemenangan berpihak kepada Musa Aman dan konco-konconya pada ketika itu.

Ugutan itu sebaliknya telah menghancurkan kepercayaan beberapa orang YB kepada Musa Aman dek ugutan “Apa mau jadi, jadilah!”. Tiada siapa yang mahu bertuankan Ketua Menteri yang sesuka hati  melakukan ugutan kepada orang-orangnya. Apatah lagi Musa Aman adalah satu-satunya Ketua Menteri yang berjaya mencipta rekod sebagai Ketua Menteri paling lama memerintah Sabah iaitu selama 3 penggal (15 tahun) berturut-turut dan paling banyak menternak kroni-kroninya yang pada hari ini semakin kaya dan mewah.

Syamsul Osman juga dipercayai tinggal di sekitar Menggatal, Sabah dan sangat berpengaruh sehinggakan ketua SPRM Sabah juga dipaksa tunduk kepada beliau. Mengikut maklumat terbaharu, Azam Bakri telah mengarahkan Syamsul Osman sebagai ketua dalam plot menjatuhkan reputasi Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Shafie Apdal.

Difahamkan sasaran utama mereka ialah Shafie Apdal, Peter Anthony dan ada ramai lagi dikalangan ahli politik Sabah yang berpihak kepada parti WARISAN.

Azam Bakri juga telah mengarahkan SPRM untuk mendakwa Peter Anthony hanya kerana ingin memalukan Peter sedangkan SPRM tahu dan sedar bahawa tidak terdapat bukti yang kukuh untuk mendakwa Peter Anthony. Tambahan pula populariti Peter Anthony melonjak naik di mata masyarakat kerana Peter dilihat sebagai seorang YB yang sering turun padang bertemu rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

Sebab utama mengapa Syamsul, orang kanan Azam Bakri dan Musa Aman digeruni oleh semua pegawai SPRM Negeri dan Pusat adalah kerana pegawai tersebut mempunyai kekayaan yang luar biasa hasil daripada kegiatan rasuah yang dilakukan selama bekerja dengan Musa Aman dan kini mendapat kuasa terus daripada Azam Bakri. Money equals to power!

Selama menjadi pegawai yang bekerja di bawah telunjuk Musa Aman dan kini di bawah Azam Bakri, Syamsul diberikan keistimewaan sebagai pemungut hasil dan tiada tugas lain kecuali bersenang-lenang bermain golf di Karambunai.

Winnie Joan : Penulis bebas. Penyumbang artikel Hub Netizen.

Tulisan di atas merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Hub Netizen.

Kongsi: