June 30, 2020

KOMPLOT MUSA AMAN DAN AZAM BAKRI SIRI-3

Setelah usaha menjatuhkan kerajaan negeri dengan cubaan membeli sokongan para pemimpin Warisan baru-baru ini tidak berjaya, Musa Aman, Azam Bakri, dan Syamsul Osman masih tidak berputus asa sehingga hajat mereka tercapai iaitu untuk mengembalikan Sabah ke tangan Musa. Itu sahaja “revenue stream” atau saluran pendapatan Musa untuk terus menternak kroni-kroninya.

Dikhabarkan melalui maklumat dalaman yang diberikan oleh pengikut mereka sendiri baru-baru ini, Musa Aman tanpa segan silu bersama bapa rasuah, Azam Bakri, dan kapten plot jahat, Syamsul Osman telah mengarahkan VC UMS untuk sama-sama mensabotaj kerajaan negeri Sabah.

Difahamkan VC UMS (Prof) serta orang kanan UMS termasuklah bendahari buntal yang masih perawan desa juga turut terlibat dlm plot menjatuhkan kerajaan negeri Sabah. Bendahari buntal tersebut juga merupakan ejen khas VC untuk memonopoli semua projek di UMS pada waktu ini.

Bendahari tersebut bukan sahaja berkuasa bagi meluluskan setiap projek di Jabatan Bendahari, malah beliau juga merupakan orang yang sangat berpengaruh dalam menentukan calon VC UMS.

Perwatakan bendahari tersebut nampak baik dan sangat “innocent” di luar. Setiap kali manjalankan tugasnya di UMS kelakuannya tidak ubah seperti anak kucing yang comel. Namun, apabila beliau duduk bersama-sama dengan kumpulan penyamun ini, wajahnya akan berubah seperti nenek kebayan yang turut sama dahagakan hak rakyat Sabah.

Pada saat ini, satu-satunya harapan rakyat Sabah ialah polis kerana SPRM bukan lagi platform untuk menegakkan keadilan melainkan hanya alat untuk membunuh karakter pemimpin-pemimpin Sabah yang berjiwa Sabahan. Penulis yakin sekiranya kekayaan luar biasa bendahari buntal tersebut diselidik, sudah tentu penglibatannya dengan aktiviti rasuah bersama Musa Aman, Azam Bakri, dan Syamsul Osman akan terbongkar.

Ingatkan Najib Razak dan kuncu-kuncu UMNO BN sahaja yang mahir mencuri dan merompak. Ternyata, Azam Bakri juga merupakan seorang penyamun yang sangat rakus dan keterlaluan. Mereka akan menerima padah di akhirat suatu hati nanti.

Terbaru, difahamkan Azam Bakri dan Musa Aman telah mengarahkan VC UMS untuk menulis surat kepada SPRM bagi membuka semula isu perlantikan VC pda 2012. Komplot kotor ini terpaksa dibuka walaupun tanpa bukti kerana SPRM tiada asas lain untuk mendakwa Datuk Peter Anthony dalam kes yang telah ditunda di mahkamah baru-baru ini. Di mana logiknya apabila hanya Peter Anthony sahaja yang didakwa sekiranya berlaku kesalahan melibatkan dokumen? Semua dokumen termasuk kepala surat asal adalah tulen dan dikeluarkan oleh pihak UMS.

Mengapa pula Naib Canselor dan pendaftar yang terlibat pada masa itu tidak didakwa bersama. Ini jelas menunjukkan bahawa pendakwaan ini merupakan pendakwaan terpilih dan dikhususkan kepada Peter Anthony sahaja, seolah-olah UMS pada ketika itu dimiliki sepenuhnya dan diurus oleh Peter Anthony sendiri. Lucu bukan?

Tujuan Azam Bakri dan Musa Aman cuma satu iaitu untuk memastikan Peter Anthony digugurkan dari kabinet negeri Sabah yang pada akhirnya akan melemahkan kerajaan negeri di mata rakyat Sabah. Bukan seorang dua rakyat Sabah khususnya masyarakat KDM yang melihat sendiri betapa “energetic” dan progresifnya Peter Anthony menjalankan tugasannya sebagai pemimpin, bukan sahaja untuk masyarakat KDM, malah untuk rakyat Sabah secara keseluruhannya. Hal ini yang sangat digeruni oleh Perikatan Nasional di Sabah pada saat ini.

Berbanding ayam-ayam tua KDM seperti Maximus Ongkili, Johnny Mositun, dan Jeffrey Kitingan yang hanya menjaga periuk nasi mereka dengan menyembah dan patuh kepada arahan kuasa politik Semenanjung, Peter kini dilihat sebagai nafas baru generasi KDM yang perlu ditanam hidup-hidup ke dalam kubur politik Sabah, kemudian ditalkinkan oleh UMNO dan PAS di Semenanjung.

Pada saat ini, penulis juga difahamkan bahawa bendahari UMS yang sedang aktif menjalankan aktiviti rasuah ini dalam usaha untuk mengumpul harta dan membolot semua projek dari UMS pada waktu ini. Aktiviti ini turut didalangi oleh suami beliau yang tinggal di Kuala Lumpur.

Suami kepada bendahari ini juga merupakan bekas pengarah di UMS. Namun maklumat risikan mendapati bendahari dan suaminya ini masih aktif melakukan kerja-kerja kotor di UMS termasuklah menjatuhkan kerajaan Sabah pada saat ini.

Apa yang boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah pada ketika ini ialah dengan terus berjuang, bertahan dan berdoa sehingga Musa, Azam Bakri, Syamsul Osman, dan bendahari buntal ini ditelanjangkan dan dihalau keluar dari Sabah daripada terus-menerus mengaut hasil bumi negeri ini untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Winnie Joan : Penulis bebas. Penyumbang artikel Hub Netizen.

Tulisan di atas merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Hub Netizen.

Kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *