May 29, 2020

UNDUK NGADAU DAN SUGANDOI : HAK EKSKLUSIF JEFFREY?

Penganjuran Sugandoi dan Unduk Ngadau Online Peringkat Negeri Sabah di bawah Peter Anthony dan Joanna Kitingan sejak kebelakangan ini diserang tanpa belas kasihan oleh Johnny Mositun dan Jeffrey Kitingan. Kedua pemimpin PBS dan STAR itu dilihat seperti menangguk di air yang keruh di dalam kekeliruan yang disuntik oleh mereka sendiri kepada masyarakat.

Johnny Mositun

Kenyataan Johnny Mositun;

(https://www.utusanborneo.com.my/2020/05/26/batalkan-penganjuran-pertandingan-akhir-unduk-ngadau-kaamatan)

Jeffrey Kitingan. Sumber foto : Malaysiakini.com

Kenyataan Jeffrey Kitingan;

(https://www.nst.com.my/news/nation/2020/05/595650/cmco-no-unduk-ngadau-kdca)

Namun, selang beberapa hari selepas PKPB dijadikan alasan untuk menghalang pihak penganjur daripada mengadakan peringkat akhir Unduk Ngadau di KDCA, Jeffrey Kitingan mengambil kesempatan untuk meraih political mileage dengan melakukan himpunan yang dinyatakannya tidak selamat untuk dilakukan beberapa hari yang lepas dengan menjalankan merasmikan penyerahan dana Sugandoi dan Sumazau Online di dewan yang sama.

Sumber : Video liputan langsung halaman Facebook Sabah Hitz Online Tv.

LIPUTAN LANGSUNG : Penyerahan Dana Sugandoi Dan Sumazau Online pada 27 Mei di KDCA;

(https://www.facebook.com/watch/live/?v=624902181445100&ref=watch_permalink)

Di sini, penulis mendapati Jeffrey sekali lagi berjaya menunjukkan kelicikan akalnya selepas berjaya menimbulkan salah faham orang awam terutamanya masyarakat KDMR terhadap Peter Anthony dan Joanna Kitingan. Situasi ini mengingatkan penulis kembali kepada nasib malang pengundi Keningau yang ditipunya dengan sentimen anti Musa Aman dan BN PRU yang lepas.

Sebagai pencerahan, berikut merupakan dapatan daripada pemerhatian penulis terhadap isu ini;

1. Sugandoi dan Unduk Ngadau merupakan sebahagian daripada acara di dalam sambutan Pesta Kaamatan Negeri Sabah untuk masyarakat Kadazandusun, Murut, dan Rungus (KDMR).

Sambutan Kaamatan telah dibatalkan oleh kerajaan negeri, namun kedua acara ini akan dipertandingan secara online. Manakala peringkat akhir Unduk Ngadau 2020 bagi tempat pertama sehingga ke-7 akan dijalankan di dewan KDCA seperti yang dijadualkan, namun terpaksa ditukarkan ke tempat yang lain apabila Jeffrey selaku timbalan presiden KDCA menggunakan kuasanya untuk menghalang kerajaan negeri menggunakan dewan tersebut atas alasan bahawa kerajaan negeri tidak akan mampu menyekat orang awam daripada datang. Berkemungkinan besar beliau membayangkan saiz jentera kerajaan negeri Sabah sekecil parti STAR yang dipimpinnya.

Menurut maklumat, kehadiran bagi peringkat akhir Unduk Ngadau 2020 dihadkan hanya kepada 50 orang sahaja termasuk peserta dan ahli jawantankuasa penganjur, tidak termasuk polis dan petugas kesihatan yang akan memantau proses tersebut.

2. RM150, 000.00 hadiah keseluruhan bagi 130 orang peserta yang akan memenangi kedua acara tersebut merupakan hanya sebahagian daripada peruntukan keseluruhan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang telah diluluskan di dalam belanjawan negeri yang lepas. Sekiranya pembentangan bajet dilakukan ketika pandemik Covid-19 sedang berlaku, agak mustahil dan tidak wajar bagi kerajaan negeri meluluskan peruntukan tersebut.

3. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bukanlah alasan untuk menyekat sesuatu agama ataupun budaya untuk terus berkembang di dalam norma baharu. Bagi umat Islam di Sabah, aktiviti solat Jumaat diberi kebenaran untuk dilaksanakan dengan kehadiran seramai 12 orang sahaja, manakala bagi solat harian 5 waktu pula diterhadkan kepada imam dan bilal sahaja. Aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah sempena Hari Raya Aidilfitri dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tidak melebihi 20 orang.

Mungkin, pada pandangan Jeffrey dan Johnny political mileage itu lebih berharga daripada penyatuan masyarakat KDMR itu sendiri walaupun jika terpaksa memecahkan kesatuannya yang sememangnya dari dulu rapuh sejak berada di bawah pengaruh kedua kelibat politik ini. Tidak hairanlah jika ada daripada kalangan penyokong mereka yang berani mencemuh, malah cuba meruntuhkan motivasi bakal peserta Sugandoi dan Unduk Ngadau.

Kesemua serangan ini dipercayai disasarkan kepada Peter Anthony untuk menjatuhkan reputasinya yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat KDMR terutamanya di kalangan belia dan warga emas. Sebut sahaja nama ini, para belia mesti terkenangkan suasana Liga KDMM Malaysia yang diasaskan beliau. Di setiap pelusuk pedalaman Sabah, nama beliau dikenang sebagai pemimpin yang tidak jemu turun padang menghulurkan bantuan dan menyantuni masyarakat sejak 10 tahun lalu.

Masih segar di ingatan penulis bahawa Johnny Mositun adalah di antara susuk tubuh yang lantang menentang penggunaan istilah “Momogun” untuk menyatukan seluruh masyarakat KDMR dan anak pribumi Sabah dibawah satu nama oleh Momogun National Congress (MNC), pada tahun 2016. Manakala Jeffrey Kitingan pula sejak dari dahulu lagi dilabelkan oleh rakyat Sabah sebagai “katak politik” lantaran sikapnya yang tidak berpendirian dan sering menukar parti demi kepentingan diri sejak lebih 20 tahun yang lalu. Demi untuk membalas jasa Perikatan Nasional kepada STAR dan PBS, kedua orang tua ini dilihat sanggup menghuru-harakan suasana Kaamatan pada tahun ini!

Oleh : Juatin Pena. Generasi belia KDMR yang muak dengan sikap oportunis pemimpin STAR dan PBS.

Tulisan di atas merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Hub Netizen.

Kongsi: